Check Available Cheapest Domain Here

Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun

Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN; Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak...

Alluser, Bisnes Saya Pun Bermula Dengan Cabaran...

Salam Alluser


Alaaa sayalah, Najib Asaddok kat sini.
Ya saya sendiri tulis emel khas untuk Alluser.



Hari ni saya cuma nak share sedikit pengalaman sepanjang menjalankan perniagaan secara online sejak tahun 2009.



Walaupun agak panjang sedikit tapi saya yakin ia akan memberi anda inspirasi & idea lepas baca emel ni.



Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana hari ini saya telah memiliki sebuah perniagaan dan lebih 60 orang team yang membantu saya menghasilkan jualan lebih 8 angka.




Apa yang menjadi penyebab utama untuk saya buat bisnes? Bisnes saya untuk capai IMPIAN orang yang paling saya sayang iaitu Mak saya.




Syukur sebab saya dapat membelikan sebuah rumah teres 2 tingkat untuk Mak saya pada tahun 2013 bersebelahan rumah IMPIAN saya yang saya tulis matlamatnya pada April 2012.


Hidup ni jadi lebih seronok bukan apa yang saya miliki tetapi apa yang saya dapat sumbangkan kepada ibu saya jauh lebih menyeronokkan dan keberkatan.




Setuju ?



Saya excited nak bantu next 30,000 usahawan dalam kelas-kelas yang saya anjurkan secara PERCUMA dan berbayar pun serendah RM10 jer.


Ramai kalangan usahawan dan peniaga yang saya bantu ni dah capai RM10,000 pertama dia dan ramai juga dah buat ratusan ribu ringgit secara online.



Betullah apa mentor saya kata, What U Give, U Get Back!


Saya juga berjaya capai IMPIAN saya, miliki kereta impian yang saya idamkan sejak dulu, Mercedes, BMW, Mini, dan Lamborghini




Tapi… Hidup saya dulu tak macam ni…



Peringkat awal bisnes ibu saya tak setuju dan sangat marah bila saya buat keputusan untuk fulltime dlm bisnes.


Mak cakap saya tiada masa depan disebabkan keturunan kami takder yang berniaga. Dalam masa yang sama kehidupan keluarga saya sangat susah ketika itu yang rumah pun hanya menumpang rumah arwah datuk saya.




Dan perkara paling saya bimbang ialah keadaan rumah yang sudah uzur. Maklumlah rumah tu dibina awal tahun 50an. Ibu saya sering meluahkan perasaan beliau alangkah indahnya kalau beliau dapat memiliki sebuah rumah milik beliau sendiri. Perkara ni sangat-sangat menyentuh hati saya.







Berulang kali saya minta restu dari Mak supaya sentiasa mendoakan KEJAYAAN saya dlm bisnes & dapat capai impian beliau dlm masa 1-3 tahun.



Cabaran saya tak habis kat situ jer, nak tau apa lagi cabaran yang saya hadapi ? Teruskan bacaan…



Dulu saya tiada ILMU berniaga. Saya jual beberapa produk dari beberapa syarikat dan selalu bertukar produk sebab produk tak laku. Dalam fikiran mula menyesal sebab tak ikut kawan-kawan lain kerja makan gaji…



''Arrghhh…jangan layan suara budak kecik ni'' itulah dalaman saya yang selalu berlawan sesama sendiri.



2009 tahun saya memulakan bisnes secara online. Berbulan-bulan saya terkial-kial untuk menghasilkan jualan pertama. Tapi masih tak berhasil. Kawan-kawan isteri mula melemparkan pelbagai tohmahan.



Saya ni dikatakan MAKAN DUIT BINI jer.. Kerja malas! Harapkan isteri jer yang bekerja..


Huhhh….hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sedih dan tertekan saya ketika itu.




Dah buat macam-macam teknik pemasaran pun masih lagi tak dapat sales...Fuuhhh cabaran bila buat tak berguru.. Sehinggalah saya mula beri komitmen untuk hadir ke seminar-seminar dan workshop berkaitan pemasaran bisnes saya mula melonjak.






Kesimpulannya jangan mudah berputus asa, elakkan perasaan mengalah sebab rezeki tu datang dari Allah. Serah diri kita bulat-bulat kepada Allah & yakin hanya Allah akan bantu kita capai KEJAYAAN dengan syarat kita bertindak.





Ok ada masa saya share lagi ya!






Ikhlas,


Najib Asaddok
Online Rocket Marketing
ORM Master Trainer
CEO Momentum Internet Sdn Bhd
100 Most Influential Young Entrepreneur 2017
Nona Superwoman Best Social Media Trainer 2018

Momentum Internet Sdn Bhd, No 20A & 22A Tingkat 1 Jalan Rugbi 13/30 Seksyen 13, Tadisma Business Park Shah Alam, Selangor 40100, Malaysia
Anda boleh berhenti melanggan atau menukar butiran hubungan anda pada bila-bila masa.

Popular