Inisiatif baharu buat bangsa usahawan, agar mendapatkan inspirasi, panduan dan idea dalam bisnes.
Hi alluser, Bertemu kita lagi di edisi kesembilan inSPIREd, e-magazine menghimpunkan kisah hebat usahawan daripada program pementoran Spire dalam usaha bagi meraih RM1 juta pertama. Menampilkan pengusaha Dadih Marissa, Farhana Zainuddin, beliau pada awalnya merupakan seorang jurutera di Petaling Jaya sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Perlis kerana tidak gemarkan suasana ibu kota yang sesak dan kos hidup yang tinggi. "Saya pernah bekerja sebagai jurutera dengan gaji RM3000, tapi ambil keputusan bantu perniagaan kakak yang mengusahakan dadih dengan gaji RM700 pada 2015," jelasnya.
Biarpun pada awalnya bisnes yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan, namun perniagaannya juga turut diuji apabila wabak pandemik berlaku. Tidak pernah patah semangat, beliau yang menyertai Spire pada tahun 2022 ternyata teruja dengan perkembangan perniagaannya kini "Saya sangat seronok dengan program SPIRE kerana membuatkan saya tak hanyut dalam menjalankan perniagaan.
"Peserta juga dibekalkan dengan ilmu terbaharu dan perkongsian daripada bangsa usahawan yang telah berjaya," luahnya.
Kini berjaya meraih jualan jutaan ringgit, ketahui tindakan tepat yang dilakukannya dalam mengecap kejayaan yang tidak pernah dibayangkan menerusi inSPIREd kali ini. | |
Tak mahu terlepas info terkini daripada RichWorks? Mahu jadi yang pertama dapatkannya? Apa lagi, sertai saluran telegram RichWorks sekarang agar anda terus mendapat manfaat daripadanya. Klik link di bawah untuk sertainya segera! | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244 | |