Check Available Cheapest Domain Here

Bekas PAT mengaku tidak bersalah salah guna kuasa terima suapan lebih RM700,000

Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC; Laporan akhir nahas bas UPSI: Brek tak ikut spesifikasi, lesen pemandu tamat tempoh sejak...

Membeli, Memberi dan Menyumbang Bersama RichWell

Assalamualaikum wbt dan salam lebaran ke-9

Syukur Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan kami di RichWorks diberi kesempatan untuk membantu meringan beban dan sedikit sebanyak menggembirakan hati ramai orang.

image
image
image
image

17/4/2023

Sumbangan Untuk Anak-Anak Terpinggir Dari Bantuan Kerajaan.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, hasil sumbangan dari RichWorkians dan dana dari RichWell, Projek Sumbangan Kepada Anak-Anak Yang Terpinggir Dari Bantuan Kerajaan ini dapat dijayakan oleh Team Kaizen dari RichWorks.

Sumbangan seperti ini sudah mampu untuk membuat anak-anak ini sangat gembira. Sumbangan barang keperluan sekolah seperti baju sekolah, kasut sekolah, alat tulis dan pelbagai lagi. Wang tunai sebanyak RM1000 juga diserahkan kepada Tuan Hazuan.

image
image
image

18/4/2023

Projek Agihan Makanan Bersama peniaga Bazar Ramadhan Tema '3M'.

Pada bulan Ramadhan yang lepas, Projek Agihan Makanan Bersama Peniaga Bazar Ramadhan Tema "3M" iaitu Membeli, Memberi dan Menyumbang anjuran Team Richeart dari RichWorks ini telah membuatkan bukan sahaja peniaga gembira malah orang ramai yang menerima juadah berbuka juga gembira.

Sebanyak 70 pack popia basah dibeli dari peniaga terpilih dan diberi secara percuma kepada orang ramai di sekitar Bazar Ramadhan Seksyen 13, Shah Alam.

Terima kasih kepada anda yang menyumbang, anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman, Board of Directors, pihak pengurusan dan RichWorkians sendiri yang menjayakan projek-projek ini di bulan Ramadhan.

RichWell memperuntukkan sumbangan untuk keperluan asas, pendidikan, perubatan dan apa-apa bantuan yang diperlukan masyarakat yang memerlukan bagi mengurangkan beban yang dihadapi mereka.

Terima kasih atas peluang ini dan kami berdoa semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan kasih sayang dan rahmatNya kepada kita semua.

Salam Ikhlas,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular