Artikel terbaru 5 tips elak pilih stokis 'hantu', dan mengenai capai jualan juta-juta, penting ke ilmu? Semoga bermanfaat.
Hi alluser, Hari Selasa yang indah, mungkin hari ini anda mempunyai janji temu dengan pelanggan atau nanti ada mesyuarat dengan team untuk pastikan semuanya align dengan goal pada bulan ini. Suri rumah pula, mungkin sedikit sibuk menguruskan anak-anak yang sudah mula bersekolah. Apa-apa yang berlaku ketika ini, anda sendiri yang menentukan bagaimana nak mulakan hari ini, sama ada nak mula dengan energy dan semangat atau sebaliknya. Sebelum memulakan aktiviti hari ini, jom luangkan sedikit masa membaca artikel ini untuk menambah ilmu di dada. Pagi ini kami kongsikan artikel terbaru mengenai 5 Tips Elak Pilih Stokis 'Hantu'. Stokis merupakan individu penting yang akan bersama-sama anda untuk mengembangkan lagi bisnes ke tahap lebih tinggi. Selain itu, artikel kedua mengenai kepentingan menuntut ilmu walau perniagaan anda telah meraih keuntungan jutaan ringgit. Ikuti perkongsian, Pengasas bersama Anggun Legacy Global Sdn. Bhd., Mohd Shazrin Yahya mengusahakan jenama Anggun Cotton Collection bersama isterinya, Noraini Hanipah berserta adik ipar, Norafizah dan suaminya, Mohd Adzim Zakaria sejak 2014. Semoga bermanfaat. | |
Hati-Hati Pilih Stokis Bisnes! 5 Tips Elak Pilih Stokis 'Hantu' Hati-hati untuk pilih stokis bagi bisness anda. Mereka yang akan bersama-sama untuk kembangkan lagi bisnes ke tahap lebih tinggi. Bagaimanapun, ramai usahawan runsing bila topik pengurusan stokis dibincangkan. Masing-masing nak elak dari buat perkongsian tentang stokis mereka. Bila tengok muka mereka, seolah-olah mereka dah buat kesilapan besar dalam melantik stokis. Di mana agaknya yang silap? | |
Anggun Cotton Collection: Dah Capai Jualan Juta-Juta, Penting Lagi Ke Ilmu?
Saya dah raih juta-juta ringgit, malaslah nak belajar lagi, saya sendiri dah boleh mengajar! Benarkah dah capai jualan jutaan ringgit tak perlu lagi tuntut ilmu? "Kami mula berniaga tanpa ilmu, main langgar je, jadi di situ memang banyak 'roadblock' yang terpaksa kami tempuhi," kata Mohd Shazrin Yahya, pengasas bersama Anggun Legacy Global Sdn. Bhd. | |
Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official. Klik banner di bawah ini. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |