Artikel terbaru berkaitan tindakan 'gila' suri rumah Ah Soh jadi jutawan raih jualan RM8 juta dan 5 tips buat anda ceria pada permulaan ming
Hi alluser, Salam ceria, jom mulakan hari Isnin yang indah. Bagi Ibu bapa, mungkin sibuk menguruskan anak-anak ke sekolah pagi ini. Dalam masa sama, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang, diagihkan bermula hari ini kepada murid yang akan memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima daripada kalangan keluarga isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Seramai tiga juta murid di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada bantuan berkenaan. Moga ia sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang memerlukan ini apatah lagi jika mereka juga mangsa banjir baru-baru ini. MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman juga sentiasa menerapkan kepentingan ilmu kepada anak didiknya. Mari kita tambah ilmu lagi hari ini menerusi 2 artikel terbaru yang kami kongsikan. Pagi ini kami kongsikan mengenai kisah inspirasi bekas jururawat, Tan Hwi Ling atau lebih mesra dengan panggilan Caroline. Walau bukan pengasas produk hanya master stokis, tetapi jualan raih jutaan ringgit. Selain itu, artikel kedua mengenai cara menghilangkan ketakutan dengan hari Isnin. 5 tips buat anda ceria pada permulaan minggu ini. Semoga bermanfaat. | |
Suri Rumah Ah Soh Boleh Jadi Jutawan, Raih Jualan RM8 Juta "Jika you Ah Soh (mak cik) juga macam saya, kalau you tak cantik juga macam saya, kalau you tak ada pengetahuan macam saya tak apa, kita boleh bimbing sehingga capai tahap tinggi. "Tetapi saya seorang Ah Soh, Ah Soh juga boleh jadi seorang usahawan berjaya," kata pengasas Carols THL Beauty, Tan Hwi Ling atau lebih mesra dengan panggilan Caroline. Beliau bukan seorang pengasas produk, tetapi bekas jururawat yang mengorbankan kerjaya demi cahaya mata yang dikasihi. | |
Takut Dengan Hari Isnin? 5 Tips Buat Anda Ceria Pada Permulaan Minggu Apa yang ada dalam fikiran ada mengenai hari Isnin? Ada yang menyebut monday blues atau kemurungan Isnin. Adakah anda memulakan hari Isnin dengan penuh keceriaan, senyuman dan semangat membara setelah bercuti di hujung minggu? Untuk menggambarkan betapa muramnya Isnin, kajian membuktikan bahawa penduduk di United Kingdom mula tersenyum seawal 11.16 pagi setiap hari Isnin! | |
Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official. Klik banner di bawah ini. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |