Check Available Cheapest Domain Here

Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid

Tiada insiden lubang benam di Jalan Sultan Ismail - DBKL; TDM sahkan anggota 9 Briged maut terkena tembakan; Rizab antarabangsa BNM meningka...

Alhamdulillah, Semalam Ulang Tahun Saya Yang Ke-47…

image

Salam semua

Saya lalui banyak moment dalam perjalanan selama 20 tahun untuk sampai ke tahap ini… Moment-moment yang akan menentukan samada saya akan teruskan berlari mendaki puncak untuk capai satu persatu camp base impian atau saya boleh sentiasa buat keputusan untuk toleh ke belakang dan pulang sebagai penggagal yang menggagalkan misi impian saya…

Dalam hidup ini, setiap satu proses jatuh bangun hanyalah proses yang mampu buat kita menjadi lebih kuat, hebat dan lebih kenal kekuatan mahupun kelemahan diri kita.

Kejayaan demi kejayaan tidak dibina di atas dasar putus asa, malas atau berhenti melayan jiwa sambil "main biola"….

Kejayaan demi kejayaan dibina atas dasar berapa tinggi kemahuan, berapa kuat keinginan, berapa hebat tekad dan nekad lalui apa sahaja rintangan fokus hingga menang atasi satu persatu halangan dan cabaran.

Sempena 20 tahun ulang tahun umur saya sejak 27 tahun yang lalu.

Saya tuliskan ini untuk anda Titan, SPIRE, EliteX atau sesiapa sahaja yang membaca ini perlu tahu bahawa semua orang yang mampu berimpian sebenarnya mampu mencapainya Insha Allah walaupun saya juga bermula dari keliru, kaku, paku, kayu dan layu….

Jalan yang anda lalu sekarang adalah jalan saya 20 tahun dahulu. Cuma anda tidak perlu tunggu 20 tahun lagi untuk lalui rintangan dan hutan belantara yang tak pasti kerana semuanya telah pernah dilalui.

Semalam ulang tahun saya yang ke-47 dan hari ini hari pertama saya untuk baki hidup saya atas IzinNya. More to come Insha Allah! Doakan saya sihat, berkat bermanfaat dan dapat bina lebih ramai orang untuk capai impian mereka untuk orang yang mereka kasihi.

Stay high with your Dreams! Stay humble along the path.

Terima kasih atas setiap doa dan ucapan!

Love,
MenThor

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular