Artikel terbaru mengenai agihan sumbangan RichWell dan soal sama ada masih relevankah kain rentang dalam bisnes. Semoga bermanfaat.
Hi alluser, Selamat pagi dan salam Jumaat. RichWorks Business Review hari ini nak berkongsikan artikel mengenai bantuan usahawan dan sumbangan anda melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) yang diagihkan baru-baru ini. Moga sumbangan dan bantuan ini, sedikit sebanyak akan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh anggota masyarakat yang terkesan ekoran krisis pandemik ini. #RichWellBantu akan diteruskan sehingga hujung tahun ini bagi membantu lebih ramai keluarga memerlukan di luar sana, insyaAllah. Malah segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya: وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا Yang bermaksud: "Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya." (Surah Al-Muzzammil: 20)
Apatah lagi pada penghulu segala hari ini, marilah kita perbanyakan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan bersedekah. Sekiranya anda mahu bersama-sama menyalurkan sumbangan bolehlah melayari laman web richworks.com/RichWellBantu. Sementara itu, kami juga bawakan artikel mengenai kain rentang, banner, bunting dalam bisnes anda. Adakah masa ini, masih relevan dan boleh digunakan? Semoga bermanfaat.
| |
"Terima Kasih Banyak-Banyak". RichWell Terus Membantu Keluarga Memerlukan
"Syukur alhamdulillah dapat bantuan ini, selepas suami tak bekerja sedikit sebanyak membantu kami sekeluarga. Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban kami sekeluarga, terima kasih banyak-banyak." - Puan Zaimah Zakaria, 46 tahun. Begitulah luahan salah seorang daripada 250 penerima bantuan kotak makanan keperluan asas daripada Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor di Flat PKNS, Seksyen 7 Shah Alam baru-baru ini. | |
Kain Rentang Masih Relevan? 4 Tips Untuk Anda Lakukan Dalam keadaan pandemik ini, adakah kain rentang, banner, bunting masih relevan bagi bisnes anda? Mungkin sebelum ini ramai takut nak melabur bagi menggunakan strategi ini namun kini kita boleh lihat ekonomi semakin dilonggar dengan sudah mula banyak bisnes kembali beroperasi di kedai. Jalan-jalan raya seperti di Lembah Klang kembali sibuk dengan orang ramai mula melakukan aktiviti perniagaan dan kerja mereka mengikut SOP dan arahan ditetapkan kerajaan. | |
Bagi dapatkan perkembangan terkini, panduan, tips & perkongsian penting keusahawanan, sertai Telegram - Azizan Osman Official. Klik banner di bawah ini. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |