Assalammualaikum & Salam Sejahtera Alluser
Kita selalu sangat terlupa duduk dalam Malaysia sekarang ni tak seteruk zaman atuk moyang kita dulu. Kita tak ada peperangan, kita tak ada pergaduhan besar, kita tak rasa kesusahan yang perit yang zaman dahulu rasa.
Alhamdulillah kita sekarang dah bebas dari dijajah. Bebas untuk bekerja, bebas untuk berniaga tanpa halangan. Tapi disebabkan kita sendiri tak ambil kesempatan untuk belajar dan upgrade ILMU, kita sendiri banyak ketinggalan dari segi ekonomi.
Kadang-kadang kita sendiri tak bersyukur dengan apa yang kita rasa sekarang. Kita makin malas, kita makin mengharapkan bantuan orang lainm kita makin banyak beralasan untuk jadi orang berjaya.
Kita makin ambil mudah dengan keamanan, kesenangan yang orang dulu bersusah payah bina untuk kita.
Sempena Hari Malaysia yang kita raikan hari ini, apakata kita jadikan diri kita salah seorang yang bersyukur. Kita bersyukur dengan cara yang paling terbaik, iaitu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk ubah diri kita, keluarga kita dan orang keliling kita jadi orang yang lebih baik.
Kita bersyukur dengan cara kita bekerja bersungguh-sungguh, kita buat bisnes sungguh-sungguh sehingga kita bebas masalah kewangan, hutang dan lain-lain.
Semoga Malaysia terus aman, makmur dan kekal bawah perlindungan Allah. Moga ekonomi Malaysia semakin baik hari demi hari dan rakyatnya mendapat kebaikan dari keamanan dan kemakmuran Malaysia
InsyaAllah malam ini bersempena dengan Hari Malaysia, saya nak bawakan pada anda salah seorang team saya yang memang expert dalam design, jenama dan logo. Bab branding ni memang makanan dia.
Orang yang saya maksudkan ada cikgu Naz Zakrie. Beliau merupakan Creative Director dalam Momentum Internet sejak tahun 2016. Beliau dah bantu ramai peniaga bimbingan saya dari segi branding dan berjaya naikkan jualan mereka sehingga melepasi angka 5 ~ 6..